banner mdcruz
 

Terima kasih saudara / saudari pengerusi majlis.

 

Yang Berbahagia Encik M.Manickam,

Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor

 

Yang Berbahagia Encik S. Kandasamy,

Timbalan Pengerusi Persatuan

 

Yang BerbahagiaEncik S. Agustine,

SetiausahaPersatuan

 

Yang BerbahagiaEncik M. Esotaran,

BendahariPersatuan

 

Ahli-ahlijawatankuasapersatuansertaahli

Wakil-wakildari media massa

Tuan-tuandanpuan-puan yang dihormati

 

Salam sejahteradan Salam 1Malaysia

Terdahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi menjemput saya kemajlis yang sungguh bermaknaini.

 

Saya percaya kita sebagai rakyat Negara yang memiliki sikap tanggung jawab dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat dengan mengadakan program-program yang membina dan memiliki unsur-unsur positif seperti hormat-menghormati, sifat mengambil berat, dan prihatin.

 

Saudara-saudari yang sayahormati

 

 

 

Adalah tidak benar anggapan bahawa hanya kerajaana tau agensi kerajaan sahaja yang bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan kita.

 

Kerajaan melalui dasar-dasar dapat memberi garis panduan terhadap apa yang dapat disalurkan kepada masyarakat. Agensi-agensi kerajaan pula bertanggungjawab terhadap perlaksanaan dasar-dasar tersebut, pada lazimnya tiada apa yang dapat dilaksanakan seandainya tidak mendapat kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan.

 

Sudah tiba masarakyat mengambil peranan yang proaktif dalam pentadbiran Negara. Ini dapat dilakukan dengan memberi pendapat serta idea yang bernas melalui saluran yang tepat.

Kalau kita sentiasa meluahkan rasa tidak puas hati kita, maka kita akan lupa tentang begitu banyak kebaikan yang terdapat dalam hidup kita melalui anugerah besar yang telah diberikan kepada kit amelalui keamanan dan kesejahteraan Negara.

 

Saudara-saudari yang saya hormati

Sebagai seorang pemandu teksi saya berharap saudara-saudari sedar betapa penting dan besar tanggungjawab yang dipikul. Selain dari memastikan penumpang tuan-tuan sampai dengan selamat dan tepat pada masa, saudara-saudari juga merupakan rakan bualan dalam perjalanan. Perbualan ini boleh menjurus kepada aspek positif atau pun negatif, jadi walaupun memiliki tugas kerja yang begitu tertekan apa lagi dengan kesesakan lalu lintas saudara-saudari terpaksa sentiasa bersikap positif.

Sikap positif ini boleh kita capai dengan melakukan kerja-kerja amal yang memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

 

Saya begitu bangga dengan saudara-saudari yang sedia berkorban masa untuk menderma darah terutamanya dalam suasana Negara merayakan Hari Kemerdekaan. Ini terbukti betapa dalamnya rasa cintakan Negara yang tersemai dalam sanubari setiap mereka yang berkumpul dalam majlis ini dan pengorbanan ini adalah lebih bermakna kerana ia juga diadakan dalam bulan puasa yang muliaini.

 

Semoga saudara-saudari diberkati dan diberi kebesaran hati untuk terus berjasa kepada agama, bangsa, dan Negara.

 

 

Bagi pihak kerajaan, ribuan terima kasih saya ucapkan terhadap jasa baik ini. Maka saya dengan segala rasa sukacitanya merasmikan Pelancaran Logo Teksi serta Kempen Derma Darah dan Kibar Jalur Gemilang Anjuran Persatuan Kebajikan PemanduTeksi Kuala Lumpur dan Selangor pada petang yang mulia ini.

 

Sekian terimakasih

Salam 1Malaysia

God Bless Malaysia.

 

Admin Login

timb-menteri2