
Terima kasih saudara / saudari pengerusi majlis.
Majlis ini merupakan satu tradisi kaum india terutamanya dari kaum Tamil di mana Upacara Tindik Telinga merupakan satu majlis yang menjadi kebanggaan kepada keluarga tersebut.
Majlis ini juga memberi peluang kepada kesemua saudara mara keluarga berkumpul dan beramah mesra.
Majlis ini juga menjadi satu titik sejarah kepada kanak-kanak yang ditindik telinga kerana ia salah satu pencapaian dalam proses kehidupan beliau.
Kita berharap rakyat akan sentiasa mengambil berat tentang adat serta kebudayaan kerana apabila ia dilupai atau diabai maka ia akan hilang buat selama-lamanya.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sentiasa menyokong program kesedaran adat resam serta kebudayaan kesemua kaum kerana ia merupakan ramuan jati diri yang menjadikan negara kita ini begitu unik.
Sekianterimakasih
Salam 1Malaysia
God Bless Malaysia.